Isnin, 30 Jun 2014

Aktiviti Julai - Disember 2014

PENDAHULUAN

Aktiviti Januari - Jun 2014

BULAN JUN


LAWATAN PENGANTARABANGSAAN KE PULAU BINTAN DAN PULAU BATAM

Tarikh     :  15 - 19 Jun 2014
Tempat   :  Pulau Bintan dan Pulau Batam, Indonesia


Peserta   :      
                      
En. Mohammad Riyad bin Mohd. Isa  
En Mohd Nor Bin Chin  
En. Mat Nasir bin Che Ali  
Pn. Mozlina binti Osman   
Pn. Rohani binti Din  
Tn. Hj. Muhamad Rudzi bin Darus      
Pn. Norshabihah binti Ahmad
Tn. Hj. Mohd. Nor bin Hamzah  
En. Azman bin Aris    
Pn. Ros Silawati binti Ahmad   
En. Mohammad Nizam bin Hamid       
En.Roslan bin Chin
Tn.Hj.Sudin bin Sarmin
En. Yusuf bin Min

 
Galeri Gambar 










   

PESTA PANTUN DAN GURINDAM


Tarikh     :  22 - 25 Jun 2014
Tempat   :  IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur

Peserta   : Pantun
   i.   Nureda binti Namberom
  ii.   Nor Atilla Ezreena binti Alias

Peserta   :  Gurindam
   i.   Wafi binti Jalaludin
  ii.   Nur liyana binti Azhar

Jurulatih :   Pn. Mozlina Osman dan Pn. Rohani Din


Galeri Gambar

PENDAHULUAN



Jabatan Pengajian Melayu (JPM) merupakan satu daripada sepuluh jabatan akademik yang terdapat di Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis (IPGK Perlis), Kangar, Perlis. JPM diberikan tanggungjawab untuk melaksanakan interaksi mata pelajaran Pengajian Melayu yang meliputi bidang-bidang seperti berikut:
i.    Tatabahasa Bahasa Melayu;
ii    Perkaedahan Pengajaran Bahasa Melayu;
iii.  Penilaian dan Pentaksiran Bahasa Melayu;
iv.  Kesusasteraan Melayu; 
v.   Kebudayaan Melayu;
vi.  LINUS;
vii. Literasi Bahasa; dan
vi.  Kemahiran Komunikasi (Lisan dan Tulisan)

Pengajaran dan pembelajaran Pengajian Melayu di IPGK Perlis meliputi program-program sepenuh masa seperti berikut:
i.    Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP);
ii.   Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP); dan
iii.  Diploma Perguruan Lepas Ijazah (DPLI). 

Di samping itu, JPM juga terlibat dengan proses pengajaran dan pembelajaran pada peringkat Kursus Dalam Cuti (KDC) bagi program-program   seperti berikut:
i.    Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM);
ii.   Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI); dan
ii.   Program Pensiswazahan Guru (PPG).
Daripada aspek pengurusan, JPM ditadbir oleh ketua jabatan dan dibantu oleh timbalan ketua jabatan serta empat orang ketua unit, iaitu
i.    Unit Bahasa Melayu;
ii.   Unit Pedagogi;
iii.  Unit Budaya; dan
iv.  Unit Sastera.

Sehingga 01 Januari 2014, JPM mempunyai seramai 13 orang pensyarah yang dipecahkan mengikut kategori seperti yang berikut:
i.    seorang pensyarah kanan gred DG54;
ii.   lapan orang pensyarah gred DG48;
iii.  seorang pensyarah pakar/cemerlang gred DG48; dan
iii.  tiga orang pensyarah gred DG44.

Seorang pensyarah JPM telah dipinjamkan secara pentadbiran kepada bahagian pentadbiran IPGK Perlis dan memegang jawatan sebagai Ketua Unit Latihan Dalam Perkhidmatan. Sehingga kini, guru-guru pelatih yang mengambil pengkhususan atau major Bahasa Melayu terdiri daripada:
i.    PISMP Ambilan Januari 2011 (tiga kumpulan);
ii.   PISMP Ambilan Januari 2012 (satu kumpulan);
iii.  PPG Semester 5 (empat kumpulan); dan
iv.  PPG Semester 4 (dua kumpulan).
VISI


MISI

CARTA ORGANISASI


CARTA AKADEMIK