Isnin, 30 Jun 2014
Aktiviti Januari - Jun 2014
BULAN JUN
LAWATAN PENGANTARABANGSAAN KE PULAU BINTAN DAN PULAU BATAM
Tarikh : 15 - 19 Jun 2014
Tempat : Pulau Bintan dan Pulau Batam, Indonesia
Peserta :
En. Mohammad Riyad bin Mohd. Isa
En Mohd Nor Bin Chin
En. Mat Nasir bin Che Ali
Pn. Mozlina binti Osman
Pn. Rohani binti Din
Tn. Hj. Muhamad Rudzi bin Darus
Pn. Norshabihah binti Ahmad
Tn. Hj. Mohd. Nor bin Hamzah
En. Azman bin Aris
Pn. Ros Silawati binti Ahmad
En. Mohammad Nizam bin Hamid
En.Roslan bin Chin
Tn.Hj.Sudin bin Sarmin
En. Yusuf bin Min
Galeri Gambar
PESTA PANTUN DAN GURINDAM
Tarikh : 22 - 25 Jun 2014
Tempat : IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur
Peserta : Pantun
i. Nureda binti Namberom
ii. Nor Atilla Ezreena binti Alias
Peserta : Gurindam
i. Wafi binti Jalaludin
ii. Nur liyana binti Azhar
Jurulatih : Pn. Mozlina Osman dan Pn. Rohani Din
Galeri Gambar
PENDAHULUAN
Jabatan Pengajian Melayu
(JPM) merupakan satu daripada sepuluh jabatan akademik yang terdapat di
Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis (IPGK Perlis), Kangar, Perlis.
JPM diberikan tanggungjawab untuk melaksanakan interaksi mata pelajaran
Pengajian Melayu yang meliputi bidang-bidang seperti berikut:
i. Tatabahasa Bahasa Melayu;
ii Perkaedahan Pengajaran Bahasa
Melayu;
iii. Penilaian dan Pentaksiran Bahasa
Melayu;
iv. Kesusasteraan Melayu;
v. Kebudayaan Melayu;
vi. LINUS;
vii. Literasi Bahasa; dan
vi. Kemahiran Komunikasi (Lisan dan
Tulisan)
Pengajaran dan pembelajaran
Pengajian Melayu di IPGK Perlis meliputi program-program sepenuh masa seperti
berikut:
i. Program Persediaan Ijazah
Sarjana Muda Perguruan (PPISMP);
ii. Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan (PISMP); dan
iii. Diploma Perguruan Lepas Ijazah
(DPLI).
Di samping itu, JPM juga
terlibat dengan proses pengajaran dan pembelajaran pada peringkat Kursus Dalam
Cuti (KDC) bagi program-program seperti
berikut:
i. Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM);
ii. Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI); dan
ii. Program Pensiswazahan Guru (PPG).
Daripada aspek pengurusan,
JPM ditadbir oleh ketua jabatan dan dibantu oleh timbalan ketua jabatan serta empat
orang ketua unit, iaitu
i. Unit Bahasa Melayu;
ii. Unit Pedagogi;
iii. Unit Budaya; dan
iv. Unit Sastera.
Sehingga 01 Januari 2014,
JPM mempunyai seramai 13 orang pensyarah yang dipecahkan mengikut kategori
seperti yang berikut:
i. seorang pensyarah kanan gred DG54;
ii. lapan orang pensyarah gred DG48;
iii. seorang pensyarah pakar/cemerlang gred DG48; dan
iii. tiga orang pensyarah gred DG44.
Seorang pensyarah JPM telah
dipinjamkan secara pentadbiran kepada bahagian pentadbiran IPGK Perlis dan
memegang jawatan sebagai Ketua Unit Latihan Dalam Perkhidmatan. Sehingga kini,
guru-guru pelatih yang mengambil pengkhususan atau major Bahasa Melayu terdiri
daripada:
i. PISMP Ambilan Januari 2011 (tiga kumpulan);
ii. PISMP Ambilan Januari 2012 (satu kumpulan);
iii. PPG Semester 5 (empat kumpulan); dan
iv. PPG Semester 4 (dua kumpulan).
Langgan:
Catatan (Atom)